Sunday, September 21, 2008

sentimental

Ini aku...
dengan ALICIA
yang ini, kawan aku..jugak..









Contoh

Kepada sapo-sapo nak buat apa-apa jenis design atau nak touch up apa-apa, silalah hubungi aku.
Apa-apa design aku boleh buat.
Timokaseh...


Pewittt...


Rambut ALICIA panjang. Suko lepas..
Rambut ANN panjang jugop tapi kadang2 dio ikat, kadang2 dio lepas dan kadang2 dia sanggul dengan pengepit.
Tapi duo-duo lawa.
Kalau G dapat gewe, G nok macam Ann @ Alicia.
Ann nih kepala dia kadang2 serius, kadang2 gila2...Kalau kena marah pun dia buleh lagi senyum. Kalau serius, time buat design lah..hik..hik..hik..aku suko ambik gambar dia time serius.
Alicia??
Dia OK OK saja...
Dia duk dekat ngan aku kat ofis...(cuma aku jah mengadap dinding)...tempat duduk aku terpencil sikit...
hak hak hak!!!
Hobi aku suka ambik gambar. Ann kata aku ni serupa dengan Abang Mazidul suka ambik gambar. Best ambik gambar. Boleh simpan sbg kenangan.
Nanti aku upload gambar aku masa kat kolej dulu2 mesti kena kutuk punya.

Kena saman


Hak hak hak hak!!!
Masa aku ambik gambar nih, tuan kereta tak tahu lagih kereta dia kena saman parking.
Tuh la Ann, parking nih tak ada meter. MPKB mesti saman jugop walaupun Ann masukkan duit kat meter yang tengoh-tengoh tu...
Sampailah Ann teman aku gi beli nasik, dia tak tahu. Bila nak balik tuh, dia kata "Haaaa...kena saman".
Aku suko dengan Alicia. Ann kata, "Ni saman pertama Ann dapat nih G...".
Tapi G tengok Ann relaks jah. Siap babai G lagi..
* Timokaseh blanjo G ptg kmarin deh.

Nasi Ohhh Nasi!



Macam ni lah hidup orang bujang macam aku...
Balik saja kerja, aku mesti beli nasik kat gerai mak cik nih. Tapi pakcik nih dah kenal aku.
"Pok cik, supo skalo deh..."
Pok cik sudoh faham lauk apa yang aku nak. Tapi yang sedih, nasi dah habis...

Wednesday, September 17, 2008

Timokasih..Abang Mazidul Akmal Sidik


Pertama sekali aku buat blog ini sebab aku nak joint blog kawan2 aku yang dah jauh ke depan. Selama ini aku duk tengok saja. Tapi bila aku jumpa dengan Pengacara 360 secara depan2, punyalah aku excited nak buat blog. Aku nak cerita kat sini, selama ini aku hanya lihat dia kat TV3 di rancangan 999. Memang aku tengok dia serius gila kat dalam TV dan kadang-kadang aku rasa dia macam Polis.

Tapi sebenarnya bila aku berjumpa dengan dia, tak sangkalah dia SPORTING HABIS!!!! Memang abang Mazidul nih baik ahhhh....tak sombong, tak garang, tak macam POLIS yang kat 999 tu. Bila aku nak pergi, abang Mazidul bagi topi 360 kat aku...!! bayangkanlah punya aku suka hati, aku pakai topi tu sambil buat kerja kat ofis sampai kawan aku si ANN tu cakap kat aku, "Hah!!?Sudahhh".
Aku tak kisah ahhh...aku nak cerita jugak dalam blog nih yang aku jumpa dengan abang Mazidul Akmal Sidik yang sememangnya baik ahhh...Rasanya kalau aku dapat bergambar dengan dia lagi syokkk..
Kalau abang Mazidul ada datang KB lagi, jangan lupa saya "G"---bolehlah saya belanja makan ke...harap berjaya dalam bidang diceburi.

Tak ada rezeki...

Hari nih aku memang penat giler kerja. Sudahlah aku kena kerja hari Nuzul Quran. Memang banyak kerja. Sebenarnya kerja aku ialah buat design. Semua benda dari A-B. Sampai mata aku ni rasanya dah nak kena pakai spek yang tebal sebab hari-hari mengadap komputer.
Mujurlah ada offismate yang sporting gila seperti ALICIA (yang aku minat), ERY (selalu buli aku), ANN (tukang gelakkan aku).
Kawan kat ofis yang tak termasuk dalam kategori sporting ialah, CHIN (serius gila), KENT (suka kentut lepas tu lari) dan...malas nak cerita yang lebih. Cuma boss aku adalah boss yang paling best gila kat dalam dunia nih...
Katak puru???? Hahahahahhaahh....<----- Hanya aku dgn ANN saja yang tahu. Bila aku katakan pada Ann, "Suka buat muka katak puru", tentunya dia tergelak sampai ke 7-Eleven dia ketawa. Tapi kat dalam blog nih tak bolehlah aku tulis nama dia kerana nanti aku kena marah dgn katak puru.
Cerita pasal hari ini, memang best sangat kerana ketika aku keluar dengan Ann, aku ternampak 2 orang awek yang cun. Ann slowkan kereta dan aku apa lagi, "Pewittttt". Terus Ann kata kat aku, "G! Pergilah tackle". Perghhh!! Sporting habis...habis tu aku macam hero dalam Hindustan lah...kejar minahtu, tapi hampeh!! Bila aku masuk dalam kereta, Ann gelakkan aku. Tak apalah, tak ada rezeki....